Amalan demokrasi negara disifatkan kurang sihat dan berada pada tahap yang membimbangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ia selepas 39 ahli Parlimen bertindak melompat parti sejak Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan.

Jelas Wan Junaidi, tindakan lompat parti itu menyebabkan rakyat menilai kesetiaan ahli Dewan Rakyat terhadap parti yang diwakili mereka.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat khas Parlimen ketika membentang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.